Welcome to MTIB CORE SYSTEM (MCS)
COVID 19 – PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) DAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)
Kepada Semua Pengeksport dan Pengimport Kayu
COVID 19 – PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) DAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)
Lanjutan daripada pengisytiharan Kerajaan berkenaan PKP/PKPB yang bermula dari 13 Januari hingga ke satu tarikh yang ditetapkan kelak, MTIB akan melaksanakan langkah seperti berikut:
- Permohonan pendaftaran, pelesenan dan pemeriksaan fizikal terus dilaksanakan secara atas talian menerusi MCS.
- Kaunter Pelesenan HANYA akan dibuka pada hari Selasa dan Khamis daripada jam 10.00 pagi sehingga 2.00 petang sahaja. Pengeksport digalakkan menghantar dokumen secara email, seperti dokumen pendaftaran dan pemeriksaan fizikal. Untuk urusan bayaran yuran pendaftaran sila lakukan secara online ke nombor akaun MBB 514404801787 manakala untuk tambah-nilai (Top-up) ses, sila berhubung dengan Pejabat MTIB Wilayah yang berdekatan. Sila kemukakan resit/bukti bayaran yang berkenaan kepada Ibu Pejabat atau Pejabat MTIB Wilayah yang berdekatan.
- Semua permohonan lesen eksport dan import yang telah diluluskan perlu memohon pemeriksaan fizikal. Permohonan untuk pindaan di dalam lesen yang telah diluluskan tidak akan dipertimbangkan.
- Permohonan lesen manual seperti MyTLAS, CITES, Statement of Rubberwood, Statement Legality of Timber Source (SLTS) dan Pemindahan Barang (K3) daripada Semenanjung Malaysia Ke Sabah, Sarawak atau Labuan hanya akan diproses pada hari Selasa dan Khamis daripada pukul 10.00 pagi sehingga 2.00 petang sahaja.
- Sebarang pertanyaan berhubung pendaftaran, lesen eksport/import dan pemeriksaan fizikal, sila emelkan kepada : [email protected]
Semua pengeksport dan pengimport dinasihatkan supaya merancang permohonan lesen dengan sewajarnya untuk mengelakkan sebarang kesulitan yang mungkin timbul.
Terima Kasih dan harap maklum.
PELESENAN DAN INSPEKTORAT
LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA (MTIB)
13 JANUARI 2021
PERHATIAN KEPADA PENGIMPORT PAPAN PARTIKEL/SERPAI (4410) DAN GENTIAN (4411) DAN AGEN PENGHANTARAN
PENANGGUHAN KEPERLUAN UNTUK LESEN IMPORT BAGI PRODUK PAPAN SERPAI DAN PAPAN GENTIAN
Atas arahan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) pengimportan produk Papan Serpai (4410) dan Papan Gentian (4411) memperolehi lesen import dari MTIB sebagaimana yang dilaksanakan ke atas Papan Lapis (4412)akan mula berkuat kuasa pada 1 April 2021 ditangguhkan pelaksanaannya ke 30 Jun 2021.
Sungguhpun demikian, selaras dengan keperluan seksyen 13, Akta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan) 1973 [Akta 105], semua pengimport bagi produk kayu di bawah Jadual Pertama (Akta 105) dikehendaki berdaftar dengan MTIB. Sila rujuk Prosidur Pendaftaran, dengan Pejabat MTIB yang berhampiran, atau menerusi laman URL http://www.mtib.gov.my
Untuk sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Encik Mohd Tarmin Ismail/Puan Nurul Faezah Abdullah (Unit Pendaftaran) di talian 03-9282 2235 sambungan 1230/1248 atau emel [email protected]
LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA
11 Januari 2021
HEBAHAN / ANNOUNCEMENT (PERKHIDMATAN CALL CENTRE)
HEBAHAN PERKHIDMATAN CALL CENTRE MTIB PELESENAN
Untuk perkhidmatan penyampaian yang selesa kepada pengeksport, pengimport, pemproses kayu, penanan karas/gaharu dan pelanggan awam, MTIB menyediakan kemudahan talian CALL CENTRE untuk mengemukakan sebarang pertanyaan berkaitan Pelesenan Eskport/Import dan pendaftaran sebagai Pengeksport/Pengimport. Juga bagi pelanggan yang telah berdaftar dengan MTIB, perkhidmatan berhubung dengan MTIB Core System (MCS) boleh dikemukakan.
Talian yang boleh di hubungi ialah 03-9205 0199 atau emel [email protected].
Talian CALL CENTRE ini beroperasi pada hari bekerja dari jam 8.30 pagi sehingga 4.30 petang.
ANNOUNCEMENT MTIB CALL CENTRE LICENSING SERVICES
For a convenience delivery services to exporters, importers, wood processors, planters of karas/gaharu and stakeholders, MTIB provides CALL CENTRE service to submit any enquiry regarding export/import licensing and registration as exporters/importers. Also for registered MTIB stakeholders, any inquiries on MTIB Core System (MCS) can be forwarded.
The contact line is 03-9205 0199 or email [email protected].
The CALL CENTRE services operate on working day from 8.30 am to 4.30 pm.
KEPERLUAN LESEN EKSPORT DAN IMPORT MTIB BAGI PRODUK KAYU DAN KELUARAN KAYU BERKUATKUASA MULAI 1APRIL
a) Lesen Eksport
Bermula dari tarikh 1 April 2017, berdasarkan keperluan penguatkuasaan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2017 dan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017, MTIB akan mengeluarkan lesen eksport ke atas dua (2) kod produk kayu tambahan dan dua puluh tiga (23) kod produk kayu dan keluaran kayu yang sedia ada. Senarai produk kayu dan keluaran kayu yang memerlukan lesen eksport adalah seperti Jadual di bawah.
No. |
Jenis Barangan Kayu |
Kod Kastam |
1. |
Bamboo |
1401.10 00 00 |
2. |
Rattans |
1401.20 |
3. |
Wood in chip or particle |
4401 |
4. |
Wood charcoal |
4402.90 90 00 |
5. |
Logs (including baulks and roughly squared) |
4403 |
6. |
Hoopwood |
4404 |
7. |
Wood wool ; Wood flour |
4405.00 |
8. |
Railways or tramway sleepers |
4406 |
9. |
Sawn timber |
4407 |
10. |
Veneer sheets |
4408 |
11. |
Moulding |
4409 |
12. |
Particleboard |
4410 |
13. |
Fibreboard |
4411 |
14. |
Plywood, veneered panel and similar laminated wood |
4412 |
15. |
Densified wood |
4413.00 00 00 |
16. |
Wooden frames |
4414.00 00 00 |
17. | Packaging cases boxes, crates, drums and similar |
4415 |
18. |
Cask, barrels, vats, tub and other coopers products, of wood, including staves |
4416.00 10 00 |
19. |
Tool, broom and brush bodies and handles, of wood |
4417.00 10 00 |
20. |
Builders joinery and carpentry, of wood |
4418 |
21. |
Tableware and kitchenware, of wood |
4419.11 00 00 |
22. |
Articles of wooden furniture |
4420.90.10 00 |
23. |
Other articles of wood |
4421 |
24. |
Wood pulp |
4701, 4702, 4703, 4704, 4705, 4706 |
25. |
Prefabricated buildings, of wood |
9406.10 90 00 |
KEPERLUAN LESEN EKSPORT DAN IMPORT MTIB BAGI PRODUK DAN KELUARAN KAYU BERKUATKUASA MULAI 1APRIL 2019
b) Lesen Import
MTIB juga akan mengeluarkan lesen import ke atas satu (1) kod produk kayu tambahan dan tiga (3) kod produk kayu dan keluaran kayu yang sedia ada. Senarai produk kayu dan keluaran kayu yang memerlukan lesen import adalah seperti Jadual di bawah.
Bil. |
Jenis Barangan Kayu |
Kod Kastam |
1. |
Logs; wood in the rough, whether or not stripped of its bark or merely roughed down; wood roughly squared or half-squared but not further manufactured; and baulks |
4403 |
2. |
Poles and piles of Bakau (Rhizophora spp) |
4403.99 90 00 |
3. |
Plywood, veneered panel and similar laminated wood |
4412 |
4. |
Sawntimber | 4407 |
Click Industry>Download Forms at http://www.mtib.gov.my/ for Application Form.